As-Sudais

ngaji

Al-Fatihah – 001

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Al-Baqarah – 002


Surah Al Baqarah (Arab: سورة البقرة‎ ​ “Lembu”) Merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji wada’ (haji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.

Ali ‘Imran – 003

Surah Ali ‘Imran ( آل عمران ) ini mempunyai 200 ayat dan merupakan surah Madaniyyah. Dinamakan Ali Imran kerana memuat kisah keluarga Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi Isa, persamaannya dengan Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi Isa.

Surah Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan “Az Zahrawaani” (dua yang cemerlang), kerana kedua-dua surah ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa, kedatangan Nabi Muhammad dan sebagainya.

An-Nisaa’ – 004

Surah An-Nisaa’ – (Perempuan) سورة النساء – mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa’ kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain. Surah yang lain banyak juga membicarakan tentang hal wanita seperti surah At Thalaq. Dalam hubungan ini, kebiasaannya disebut surah An Nisaa’ dengan sebutan: Surah An Nisaa’ Al Kubraa (surah An Nisaa’ yang besar), sedangkan surah Ath Thalaq disebut dengan sebutan: Surah An Nisaa’ Ash Shughraa (surah An Nisaa’ yang kecil).

Al-Maa’idah – 005

Surah Al-Maa’idah – (Hidangan) سورة المائدة – mempunyai 120 ayat; termasuk golongan dalam surah Madaniyyah. Sekalipun ada ayatnya yang turun di Mekah, namun ayat ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, iaitu pada waktu haji wadaa’. Surah ini dinamakan Al Maa’idah (hidangan) kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa a.s. meminta kepada Nabi Isa a.s. agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa’idah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan Al Uqud (perjanjian) kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surah ini dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji mereka terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesamanya. Dinamakan juga Al Munqidz (yang menyelamatkan), kerana akhir surat ini mengandungi kisah tentang Nabi Isa a.s. penyelamat pengikut-pengikut setianya daripada azab Allah.

Al-An’aam – 006

Surah Al An’aam – (Binatang Ternakan) سورة الأنعام – yang mempunyai 165 ayat. Surah ini termasuk dalam golongan surah Makkiyah kerana hampir keseluruhan ayat-ayat-Nya diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Dinamakan Al-An’aam kerana di dalamnya disebut An’aam dalam hubungan dengan adat-istiadat kaum musyrikin yang menurut mereka binatang-binatang ternak itu dapat dipergunakan untuk mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Juga dalam surah ini disebutkan hukum-hukum yang berkenaan dengan binatang ternak itu.

Al-A’raaf – 007

Surah Al A’raaf adalah surah ke-7 dalam Al Qur’an. Surah ini mempunyai 206 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah ini diturunkan sebelum turunnya Surah Al-An’aam dan termasuk golongan surah Assab ‘uththiwaal (tujuh surah yang panjang). Dinamakan Al A’raaf kersna perkataan Al-A’raaf terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al-A’raaf iaitu: tempat yang tertinggi di atas syurga dan neraka.

Al-Anfaal – 008

Surah Al Anfaal adalah surah ke-8 pada Al Qur’an, surah ini mempunyai 75 ayat dan termasuk golongan surah-suraht Madaniyyah kerana seluruh ayat-ayatnya diturunkan diMadinah. Surah ini dinamakan Al Anfaal yang bermaksud harta rampasan perang berhubung kata Al Anfaal terdapat pada permulaan surah ini dan juga persoalan yang menonjol dalam surah ini ialah tentang harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya. Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a. surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar Kubra yang terjadi pada tahun keduahijrah. Peperangan ini sangat penting kerana merupakan peristiwa yang menentukan jalan sejarah Perkembangan Islam. Pada waktu itu umat Islam dengan berkekuatan kecil untuk pertama kali dapat mengalahkan kaum musyrikin yang berjumlah besar dan memiliki perlengkapan yang cukup dan mereka dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang tidak sedikit. Oleh sebab itu, timbullah masalah bagaimana membahagikan harta-harta rampasan perang itu, maka kemudian Allah menurunkan ayat pertama dari surah ini.

At-Taubah – 009

Surah At Taubah (سورة التوبة) terdiri atas 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surat ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang bermaksud berlepas diri yang di sini maksudnya pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

Di samping kedua nama yang masyhur itu ada lagi beberapa nama yang lain yang merupakan sifat dari surah ini.

Berlainan dengan surat-surat yang lain, maka pada permulaan surat ini tidak terdapat basmalah, kerana surat ini adalah pernyataan perang dengan makna bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan basmalah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.

Surat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Saidina ‘Ali r.a. pada musim haji tahun itu juga.


ke Atas