Al-Infitar – 082

Surah Al-Infitar (سورة الإنفطار) adalah surat ke-82 dalam Al Quran (kitab suci agama Islam). Surah ini terdiri daripada 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah dan diturunkan sesudah Surah An-Naazi’aat. Surah Al-Infitar yang dijadikan nama untuk surah ini adalah kata asal dari perkataan Infatarat (terbelah) yang terdapat pada ayat pertama.

Al-Mutaffifiin – 083

Surah Al-Mutaffifiin (Bahasa Arab: سورة المطفّفين‎) ialah surah ke-83 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 36 ayat. Dinamakan Al Muthaffifiin yang bererti “orang-orang yang curang” diambil dari kata Al Muthaffifiin yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini merupakan surat terakhir yang turun di Makkah sebelum hijrah.

Al-Insyiqaaq – 084

Surah al-Insyiqaaq (سورة الإنشقاق) adalah surah yang ke-84 di dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 25 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah serta diturunkan setelahsurah Al-Infitar. Dinamai Al Insyiqaaq (terbelah), diambil dari perkataan yang terdapat pada permulaan surat ini, yang katanya ialah insyiqaaq.

Al-Buruj – 085

Surat Al-Buruj (Bahasa Arab: سورة البروج‎) ialah surat ke-85 dalam al-Quran. Surat ini tergolong surah Makiyyah yang terdiri atas 22 ayat. Dinamakan Al Buruuj yang bererti “gugusan bintang” diambil dari perkataan Al Buruuj yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

At-Taariq – 086

Surah At-Tariq (Bahasa Arab: سورة الطارق‎) ialah surah ke-86 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 17 ayat. Dinamakan At-Tariq yang bererti “yang datang di malam hari” diambil dari perkataan At-Thaariq yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Al-A’laa – 087

Surah Al-A’laa (Bahasa Arab: سورة الأعلى‎) ialah surat ke-87 dalam al-Quran. Surat ini tergolong surat Makiyyah yang terdiri atas 19 ayat. Dinamakan Al A’laa yang bererti “yang paling tinggi” diambil dari perkataan Al A’laa yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Muslim meriwayatkan dalam kitab Al Jumu’ah, dan diriwayatkan pula oleh Ashhaabus Sunan, dari Nu’man ibnu Basyir bahawa Rasulullah s.a.w. pada solat dua hari Raya (Fitri dan Adha) dan solat Jumaat membaca surah Al-A´laa pada rakaat pertama, dan Surah Al-Ghaasyiah pada rakaat kedua.

Al-Ghaasyiah – 088

Surah Al-Ghaasyiah (Bahasa Arab: سورة الغاشية‎) ialah surah ke-88 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 26 ayat. Dinamakan Al-Gasyiyah yang bererti Hari Pembalasan diambil dari kata al-Gasyiyah yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan “Hari Pembalasan” dalam surah ini adalah Hari Kiamat. Surah ini adalah surah yang biasanya dibaca oleh Muhammad pada rakaat kedua pada Solat Sunat Hari Raya dan solat Jumaat.

Al-Fajr – 089

Surah Al-Fajr (Bahasa Arab: سورة الفجر‎) ialah surah ke-89 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 30 ayat [1]. Dinamakan Al-Fajr yang bererti Fajar diambil dari perkataan Al-Fajr yang terdapat pada ayat pertama surah ini [2].

Al-Balad – 090

Surah Al-Balad (Bahasa Arab: سورة البلد‎) ialah surah ke-90 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 20 ayat. Dinamakan “Al-Balad” yang berertiNegeri diambil dari perkataan “Al-Balad” yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan kota dalam ayat ini ialah kota Makkah.


ke Atas