Yunus – 010

Surah Yunus (سورة يونس) adalah surah ke-10 dalam Al Qur’an, surah ini mempunyai 109 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kecuali ayat 40, 94, 95, yang diturunkan pada masa Nabi Muhammad SAW berada di Madinah. Surat ini dinamai surah Yunus kerana dalam surah ini terutama ditampilkan kisah Nabi Yunus a.s. dan pengikut-pengikutnya yang teguh imannya.

Hud – 011

Surah Huud (سورة هود) adalah surah ke-11 dalam Al Qur’an dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini terdiri daripada 123 ayat diturunkan sesudah surah Yunus. Surah ini dinamai surah Huud kerana ada hubungannya dengan terdapatnya kisah Nabi Huud a.s. dan kaumnya dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah Nabi yang lain, seperti kisah Nuh a.s., Saleh a.s., Ibrahim a.s., Luth a.s., Syuaib a.s. dan Musa a.s.

Yusuf – 012

Surah Yusuf (سورة يوسف) adalah surah ke-12 dalam Al Qur’an dan terdiri atas 111 ayat. Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelumhijrah. Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana metitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. . Riwayat tersebut adalah salah satu di antara cerita-cerita ghaibyang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai mukjizat . Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail bahswa segolongan orang Yahudi memeluk agama Islamselepas mereka mendengar cerita Yusuf a.s. ini kerana ia sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita nabi Yusuf a.s. ini, Nabi Muhammad s.a.w. mengambil unsur pengajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan tugasnya.

Ar-Ra’d – 013

Surah Ar Ra’d (سورة الرعد) adalah surah ke-13 dalam Al Qur’an dan terdiri atas 43 ayat. Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan Ar Ra’d yang bererti guruh (petir) kerana dalam ayat 13 ini Allah berfirman yang ertinya “Dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya”, menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah SWT. Dan lagi sesuai dengan sifat Al-Quran yang mengandungi ancaman dan harapan, maka demikian pulalah halnya bunyi guruh itu menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia. Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk-Nya bertalian erat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah SWT tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dan ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah.

Ibrahim – 014

Surah Ibrahim (سورة إبراهيم) adalah surah ke-14 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 52 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelumHijrah. Dinamakan Ibrahim kerana surah ini mengandungi doa Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayat 35 sampai dengan 41. Isi doa ini ialah : permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Makkah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim AS ini telah diperkenankan olehAllah SWT sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke hadirat Allah SWT sesudah selesai membina Kaabahbersama puteranya Ismail, di dataran tanah Makkah yang tandus.

Al-Hijr – 015

Surah Al Hijr (سورة الحجر) adalah surah ke-15 dalam Al Qur’an. Surah ini mempunyai 99 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. In disebabkan oleh surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Al Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antaraMadinah dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pegunungan itu. Surah ini berkisar mengenai kaum Tsamud yang diceritakan pada ayat 80 sampai dengan 84 yang telah dibinasakan oleh Allah SWT, kerana tidak mempercayai Nabi Soleh a.s. dan berpaling daripada ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth A.S. dan kaum Syuaib A.S.. Secara kesimpulannya, pengajaran yang dapat diungkapkan ialah orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.

An-Nahl – 016

Surah An Nahl (سورة النحل) adalah surah ke-16 dalam Al Qur’an. Surah ini terdiri atas 128 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan An Nahl yang berertilebah kerana di dalamnya, terdapat firman Allah SWT dalam ayat 68 yang ertinya : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah”. Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim. Madu berasal dari pelbagai sari bunga dan dia menjadi penawar bagi berbagai-bagai jenis penyakit manusia (lihat ayat 69). Sedang Al Quran mengandungi intisari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah (10) Yunus ayat 57 dan surah (17) Al Isra’ ayat 82). Surah ini dinamakan pula “An Ni’am” bererti nikmat-nikmat, kerana di dalamnya Allah menyebutkan pelbagai jenis nikmat untuk hamba-hamba-Nya.

Al-Israa’ – 017

Surah Al Israa’ (سورة الإسرا) adalah surah yang ke-17 dalam Al Qur’an. Surah ini mempunyai 111 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamai dengan Al Israa’ yang bererti “memperjalankan pada waktu malam “. Surah ini berhubung dengan peristiwa Israa’ Nabi Muhammad SAW. di Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis (Palestin) yang dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini. Surah ini dinamakan pula dengan nama Surah Bani Israil berkaitan dengan percakapan pada ayat ke-2 sampai ayat ke-8 dan kemudian d akhir surah ini iaitu pada ayat 101 sampai dengan ayat 104 dimana Allah menyebutkan mengenai Bani Israil yang selepas menjadi sebuah bangsa yang kuat lagi besar lalu menjadi bangsa yang terhina kerana menyimpang dari ajaran Allah S.W.T.. Dikaitkan dengan kisah Israa’ dengan riwayat Bani Israil pada surah ini, memberikan peringatan bahawa umat Islam akan mengalami keruntuhan seperti Bani Israil apabila meninggalkan ajaran-ajaran agama.

Al-Kahf – 018


Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur’an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadisRasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.


ke Atas