Al-Qasas – 028

Surah Al-Qasas (سورة القصص)Cerita-cerita – surah yang diturunkan di Makkah selepasSurah An-Naml. Surah ini mengandungi 88 ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke 28. Surah ini diberi nama surah Al-Qasas kerana mengambil perkataan dari ayat 25 yang bermaksud:

Ayat 25 Surah Al-Qasas mengandungi perkataan القصص

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: ‘Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu.'”

Surah ini diturunkan ketika kaum muslimin masih dalam keadaan lemah iaitu ketika mereka masih dibelenggu kekejaman kaum Musyrikin Makkah sebagai kuasa besar, mewah dan kuat. Maka, Allah menurunkan surah ini sebagai perbandingan dengan riwayat hidup Nabi Musa a.s. dengan kekejaman Firaun dan akibat dari kemewahanQarun serta memberika janji akan kemenanganNabi Muhammad s.a.w. kelak.

Al-‘Ankabut – 029

Surah Al ‘Ankabut (سورة العنكبوت) adalah surah ke-29 dalam Al Qur’an. Surah ini terdiri atas 69 ayat serta termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Dinamai Al ‘Ankabuut berhubung terdapatnya perkataan Al ‘Ankabuut yang bererti labah-labah pada ayat 41 surah ini, dimana Allah mengumpamakan para penyembah berhala-berhala itu dengan labah-labah yang percaya kepada kekuatan rumahnya sebagai tempat ia berlindung dan tempat ia menjerat mangsanya, padahal kalau dihembus angin atau ditimpa oleh suatu barang yang kecil saja, rumah itu akan hancur. Begitu pula halnya dengan kaum musyrikin yang percaya kepada kekuatan sembahan-sembahan mereka sebagai tempat berlindung dan tempat meminta sesuatu yang mereka ingini, padahal sembahan-sembahan mereka itu tidak mampu sedikit juga menolong mereka dari azab Allah waktu di dunia, seperti yang terjadi pada kaum Nuh, kaum Ibrahim, kaum Luth, kaum Syu’aib, kaum Soleh, dan lain-lain. Apalagi menghadapi azab Allah di akhirat nanti, sembahan-sembahan mereka itu lebih tidak mampu menghindarkan dan melindungi mereka.

Ar-Rum – 030

Surat Ar-Rum (سورة الرّوم) adalah surat ke-30 dalam Al Qur’an, kitab suci agama Islam. Surat ini terdiri atas 60 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Surah ini diturunkan sesudah Surah Al-Insyiqaq. Dinamakan Ar Ruum yang bererti bangsa Romawi (bizantium), kerana pada permulaan surah ini, yakni ayat 2, 3 dan 4 terdapat ramalan Al Qur’an tentang bangsa Romawi tentang kekalahan dan kemudian kemenangannya atas bangsa Parsi.

Luqman – 031

Surat Luqman (سورة لقمان) adalah surah ke-31 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari atas 34 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini diturunkan sesudah Surah As-Saaffat.

Nama Luqman diambil sempena dari kisah Luqman yang diceritakan dalam surah ini tentang bagaimana ia mendidik anaknya.

As-Sajdah – 032

Surah As-Sajdah (سورة السجدة) adalah surat ke-32 dalam Al Qur’an, kitab suci agama Islam. Surat ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Al-Mu’minun. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surat ini terdapat ayat sajdah (sujud), iaitu ayat yang kelima belas.

Al-Ahzab – 033

Surah Al-Ahzab (سورة الأحزاب) adalah surah ke-33 dalam Al-Quran (kitab suci agama Islam). Terdiri atas 73 ayat, surah ini termasuk golongan surah-surah Madaniyah, diturunkan sesudah Surah Ali ‘Imran. Dinamai Al-Ahzab yang bererti golongan-golongan yang bersekutu kerana dalam surah ini terdapat beberapa ayat, iaitu ayat 9 sampai dengan ayat 27 yang berhubungan dengan peperangan Al Ahzab, iaitu peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Yahudi yang bersekutu dengan kaum munafik serta orang-orang musyrikterhadap orang-orang mukmin di Madinah.

Saba’ – 034

Surah Saba’ (سورة سبأ) adalah surah yang ke-34 dalam kitab suci Al-Quran. Surah ini telah diturunkan di Makkah, ia mengandungi 54 ayat. Ia dinamakan surah Saba’ kerana kandungannya ada menceritakan tentang perihal penduduk Saba’ (Yaman Tua), kisah penduduk Saba’ ini diceritakan oleh Allah pada ayat 15 sehingga 21.

Faatir – 035

Surah Faatir (سورة فاطر) merupakan surah yang ke-35 dalam kitab suci Al-Quran dan diturunkan di Makkah. Surah Faatir mengandungi 45 ayat keseluruhannya. Dinamakan Surah Faatir yang membawa maksud “Pencipta” kerana dalam ayat yang pertama surah ini, Allah SWT menegaskan kekuasaanNya sebagai sang Pencipta yang menjadikan seluruh makhluk menurut bentuk yang dikehendakiNya.

Yaasin – 036


Surah Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya – sin. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allahmengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.


ke Atas