Al-Ahqaaf – 046

Surah Al-Ahqaf (Bahasa Arab: سورة الأحقاف‎) adalah surah ke-46 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 35 ayat. Dinamakan al-Ahqaf yang bererti Bukit-Bukit Pasir diambil dari kata al-Ahqaf yang terdapat pada ayat 21 surah ini. Dalam ayat tersebut dan ayat-ayat sesudahnya diterangkan bahwa Nabi Hud telah menyampaikan risalahnya kepada kaumnya di al-Ahqaf yang sekarang dikenal dengan ar-Rab’ul Khali, tetapi kaumnya tetap ingkar sekalipun mereka telah diberi peringatan pula oleh rasul-rasul yang sebelumnya. Hingga akhirnya Allah menghancurkan mereka dengan tiupan angin kencang. Hal ini adalah sebagai isyarat dari Allah kepada kaum musyrikin Quraisy bahawa mereka akan dihancurkan bila mereka tidak mengindahkan seruan Rasul.

Muhammad – 047

Surah Muhammad (Bahasa Arab: سورة محمد‎) adalah surah ke-47 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 38 ayat. Nama Muhammad sebagai nama surah ini diambil dari perkataan Muhammad yang terdapat pada ayat 2 surah ini.

Pada ayat 1, 2 dan 3 surah ini, Allah membandingkan antara hasil yang diperoleh oleh orang-orang yang tidak percaya kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan hasil yang diperoleh oleh orang-orang yang tidak percaya kepadanya. Orang-orang yang percaya kepada apa yang dibawa oleh Muhammad SAW. merekalah orang-orang yang beriman dan mengikuti yang hak, diterima Allah semua amalnya, diampuni segala kesalahannya. Adapun orang-orang yang tidak percaya kepada Muhammad s.a.w adalah orang-orang yang mengikuti kebatilan, amalnya tidak diterima, dosa mereka tidak diampuni, kepada mereka dijanjikan azab di dunia dan di akhirat.

Surah ini dinamakan juga dengan Al-Qital yang bererti Peperangan, kerana sebagian besar surah ini mengutarakan tentang peperangan dan pokok-pokok hukumnya, serta bagaimana seharusnya sikap orang-orang mukmin terhadap orang-orang kafir.

Al-Fath – 048

Surah Al-Fath (Bahasa Arab: سورة الفتح‎) adalah surah ke-48 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 29 ayat. Dinamakan Al-Fath yang bererti Kemenangan diambil dari perkataan Fat-han yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Sebagian besar dari ayat-ayat surah ini menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad SAW. dalam peperangannya.

Nabi Muhammad SAW sangat gembira dengan turunnya ayat pertama surat ini. Kegembiraan ini dinyatakan dalam sabda beliau yang diriwayatkan Sahih Bukhari; Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surat, yang surat itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari. Kegembiraan Nabi Muhammad SAW itu ialah kerana ayat-ayatnya menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh Muhammad SAW. dalam perjuangannya dan tentang kesempurnaan nikmat Allah kepadanya.

Al-Hujurat – 049

Surah Al-Hujurat (Bahasa Arab: سورة الحجرات‎) adalah surah ke-49 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah, terdiri atas 18 ayat. Dinamakan Al-Hujurat yang berarti Kamar-Kamar diambil dari perkataan Al-Hujurat yang terdapat pada ayat ke-4 surat ini. Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil Nabi Muhammad SAW yang sedang berada di dalam kamar rumahnya bersama isterinya. Memanggil nabi Muhammad SAW dengan cara dan dalam keadaan yang demikian menunjukkan sifat kurang hormat kepada beliau dan mengganggu ketenteraman beliau.

Qaf – 050

Surah Qaf (Bahasa Arab: سورة ق‎) adalah surah ke-50 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 45 ayat. Dinamakan Qaf (ق) kerana surah ini dimulai dengan huruf Qaf (ق). Menurut hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, bahawa Nabi Muhammad senang membaca surah ini pada rakaat pertama solat subuh dan pada solat hari raya. Sedang menurut riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi dan Ibnu Majah bahawa Nabi Muhammad membaca surat ini pada tiap-tiap membaca khutbah pada solat Jumaat. Kedua riwayat ini menunjukkan bahawa surah Qaf sering dibaca Nabi Muhammad di tempat-tempat umum, untuk memperingatkan manusia tentang kejadian mereka dan nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya, begitu pula tentang hari berbangkit, hari berhisab, syurga, neraka,pahala, dosa, dsb. Surah ini dinamai juga Al-Basiqat diambil dari perkataan Al-Basiqatyang terdapat pada ayat 10 surah ini.

Adz-Dzariyaat – 051

Surah Az-Zariyat (Bahasa Arab: سورة الذاريات‎) adalah surah ke-51 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 60 ayat. Dinamakan Az-Zariyat yang bererti Angin Yang Menerbangkan diambil dari perkataan Az-Zariyat yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

At-Tur – 052

Surah At-Tur (Bahasa Arab: سورة الطور‎) adalah surah ke-52 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 49 ayat. Dinamakan at-Tur yang bererti Bukit diambil dari kata At-Tur yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan bukit di sini ialah Gunung Sinai yang terletak di Semenanjung Sinai, tempat Nabi Musa a.s.menerima wahyu dari Allah.

An-Najm – 053

Surah An Najm (سورة النجم) adalah surat ke-53 dalam Al Quran (kitab suci agama Islam). Surah ini mempunyai 62 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas Surah Al-Ikhlas. Nama An Najm yang membawa maksud haiwan yang diambil daripada perkataan An Najm yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Al-Qamar – 054

Surah Al-Qamar (Bahasa Arab: سورة القمر‎) adalah surah ke-54 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 55 ayat. Dinamakan Al-Qamar yang bererti bulanberasal dari kata Al-Qamar yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Pada ayat ini diterangkan tentang terbelahnya bulan sebagai mukjizat Nabi Muhammad SAW.


ke Atas