Ar-Rahman – 055

Surah Ar-Rahman Bahasa Arab: سورة الرحمن‎) adalah surah ke-55 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 78 ayat. Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia maupun di akhirat nanti.

Ciri khas surah ini adalah kalimat berulang 31 kali “Fa-biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban” (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.

Al-Waqi’ah – 056

Surat Al Waaqi’ah (سورة الواقعة) adalah surat ke-56 dalam Al Quran (kitab suci agama Islam). Surat ini terdiri atas 96 ayat dan termasuk golongan golongan surat Makkiyah. Surat yang diturunkan sesudah Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama.

Al-Hadid – 057

Surah Al-Hadid (Bahasa Arab: سورة الحديد‎) ialah surah ke-57 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri atas 29 ayat. Dinamakan Al Hadid yang bererti besidiambil dari perkataan Al Hadid yang terdapat pada ayat ke-25 surat ini.

Al-Mujadilah – 058

Surah Al-Mujadilah (Bahasa Arab: سورة المجادلة‎) ialah surah ke-58 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri daripada 22 ayat. Dinamakan Al-Mujadilah yang bererti wanita yang mengajukan ugatan kerana pada awal surah ini disebutkan bantahan seorang perempuan yang menurut riwayat bernama Khaulah binti Tsa’labah terhadap sikap suaminya yang telah menziharnya. Hal ini diadukan kepada Rasulullah dan ia menuntut supaya beliau memberikan putusan yang adil dalam persoalan itu. Dinamai juga Al-Mujadalah yang bererti Perbantahan.

Surah ini mempunyai ciri berbeza dari surah lain dalam Al Quran. Dalam setiap ayat dalam surah ini, selalu terdapat lafaz Jalallah (lafaz ALLAH). Ada dalam satu ayat hanya terdiri dari satu lafaz, ada yang dua, atau tiga, dan bahkan ada yang lima lafaz, seperti pada ayat 22 dalam surah ini.

Al-Hasyr – 059

Surah Al-Hasyr (Bahasa Arab: سورة الحشر‎) ialah surah ke-59 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 24 ayat. Dinamakan Al Hasyr yang bererti pengusiran diambil dari perkataan Al Hasyr yang terdapat pada ayat ke-2 surat ini. Di dalam surat ini disebutkan kisah pengusiran suatu suku Yahudi yang bernama Bani Nadhir yang berdiam di sekitar kota Madinah.

Al-Mumtahanah – 060

Surah Al-Mumtahanah (Bahasa Arab: سورة الممتحنة‎) ialah surah ke-60 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri atas 13 ayat. Dinamakan Al Mumtahanah yang bererti Wanita yang diuji di ambil dari kata “Famtahinuuhunna” yang bererti maka ujilah mereka, yang terdapat pada ayat 10 surat ini.

As-Saff – 061

Surah As-Saff (سورة الصف) (Barisan) merupakan surah ke-61 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri atas 14 ayat. Dinamakan Ash Shaff, kerana pada ayat 4 surat ini terdapat kata Shaffan yang bererti satu barisan. Ayat ini menerangkan apa yang diredhai Allah sesudah menerangkan apa yang dimurkai-Nya. Pada ayat 3 diterangkan bahawa Allah murka kepada orang yang hanya pandai berkata saja tetapi tidak melaksanakan apa yang diucapkannya. Dan pada ayat 4 diterangkan bahawa Allah menyukai orang yang mengamalkan apa yang diucapkannya iaitu orang-orang yang berperang pada jalan Allah dalam satu barisan.

Al-Jumu’ah – 062

Surah Al-Jumu’ah (Bahasa Arab: سورة الجمعة‎) ialah surah ke-62 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 11 ayat. Dinamakan Al Jumu’ah yang bererti hari Jumaat diambil dari perkataan Al Jumu’ah yang terdapat pada ayat ke 9 surat ini.

Al-Munafiquun – 063

Surah Al-Munafiqun (Bahasa Arab: سورة المنافقون‎) ialah surah ke-63 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 11 ayat. Dinamakan Al Munaafiqun yang bererti Orang-orang yang munafik kerana surah ini mengungkapkan sifat-sifat orang-orangmunafik.


ke Atas