At-Taghabun – 064

Surah At-Tagabun (Bahasa Arab: سورة التغابن‎) ialah surah ke-64 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah, terdiri atas 18 ayat. Nama At-Tagabun diambil dari kata At-Tagabun yang terdapat pada ayat ke 9 yang ertinya hari dinampakkan kesalahan-kesalahan.

At-Talaq – 065

Surah At-Talaq (Bahasa Arab: سورة الطلاق‎) ialah surah ke-65 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri atas 12 ayat. Dinamakan At-Talaq kerana kebanyakan ayat-ayatnya mengenai masalah talak dan yang berhubungan dengan masalah itu.

At-Tahrim – 066

Surah At-Tahrim (Bahasa Arab: سورة التحريم‎) ialah surah ke-66 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Madaniyah yang terdiri atas 12 ayat. Dinamakan At-Tahrim kerana pada awal surah ini terdapat kata “tuharrim” yang berasal dari at-Tahrim yang bererti mengharamkan.

Al-Mulk – 067

Surah Al-Mulk (Bahasa Arab: سورة الملك‎) ialah surah ke-67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 30 ayat. Dinamakan Al Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci.

Al-Qalam – 068

Surah Al-Qalam (Bahasa Arab: سورة القلم‎) ialah surah ke-68 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 52 ayat. Dinamakan Al Qalam yang bererti pena diambil dari kata Al Qalam yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini dinamai pula dengan surah Nun (huruf nun) diambil dari perkataan ’’Nun’’ yang terdapat pada ayat 1 surat ini.

Al-Haaqqah – 069

Surah Al-Haqqah (Bahasa Arab: سورة الحاقة‎) ialah surah ke-69 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 52 ayat. Dinamakan Al Haaqqah yang berertihari kiamat diambil dari perkataan Al Haaqqah yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Al-Ma’arij – 070

Surah Al-Ma’arij (Bahasa Arab: سورة المعارج‎) ialah surah ke-70 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 44 ayat. Dinamakan Al Ma’aarij yang bererti tempat naik diambil dari perkataan Al Ma’aarij yang terdapat pada ayat ke-3 surat ini. Para ahli tafsir memberikan beberapa penafsiran mengenai hal ini di antaranya langit, nikmat kurnia dan darjat atau tingkatan yang diberikan Allah kepada ahli syurga.

Nuh – 071

Surah Nuh (Bahasa Arab: سورة نوح‎) ialah surah ke-71 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 28 ayat. Dinamakan dengan surat Nuh kerana surah ini seluruhnya menjelaskan dakwah dan doa Nabi Nuh a.s.

Al-Jin – 072

Surah Al-Jinn (Bahasa Arab: سورة الجن‎) ialah surah ke-72 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Dinamakan “al-Jinn” yang bererti “Jin” diambil dari kata “al-Jinn” yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Pada ayat tersebut dan ayat-ayat berikutnya diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut.


ke Atas