Al-Muzammil – 073

Surah Al-Muzzammil (Bahasa Arab: سورة المزّمّل‎) ialah surah ke-73 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 20 ayat. Dinamakan Al Muzzammil yang bererti “orang yang berselimut” diambil dari kata Al Muzzammil yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Yang dimaksud dengan orang yang berselimut ialah Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Muddathir – 074

Surah Al-Muddassir (Bahasa Arab: سورة المدّثر‎) ialah surah ke-74 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah terdiri atas 56 ayat. Dinamakan Al Muddatstsir yang bererti “orang yang berselubung” diambil dari perkataan Al Muddatstsir yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Al-Qiamah – 075

Surah Al-Qiamah (سورة القيامة) adalah surat ke-75 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 40 ayat, termasuk golongan surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Al-Qari’ah. Perkataan Al-Qiamah (hari kiamat) diambil dari perkataan Al-Qiamah yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Al-Insaan – 076

Surah Al-Insaan (Bahasa Arab: سورة الإنسان‎) ialah surah ke-76 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 31 ayat. Dinamakan Al-Insaan yang berertimanusia diambil dari kata Al-Insaan yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Al-Mursalat – 077

Surah Al-Mursalat (Bahasa Arab: سورة المرسلات‎) ialah surah ke-77 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 50 ayat. Dinamakan Al Mursalaat yang bererti “malaikat-malaikat yang diutus” diambil dari kata Al Mursalaat yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

An-Naba’ – 078

Surah An-Naba’ (Bahasa Arab: سورة النبأ‎) ialah surah ke-78 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 40 ayat. Dinamakan An Naba’ yang bererti berita besar diambil dari kata An Naba´ yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Dinamai juga Amma yatasaa aluun diambil dari perkataan “Amma yatasaa aluun” yang terdapat pada ayat 1 surat ini.

An-Naazi’aat – 079

Surah An-Naazi’aat (Bahasa Arab: سورة النازعات‎) ialah surah ke-79 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 46 ayat. Dinamakan An Naazi’aat yang bererti “malaikat-malaikat yang mencabut” berasal dari kata An Naazi’aat yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Dinamai pula as Saahirah yang diambil dari ayat 14, dinamai juga Ath Thaammah diambil dari ayat 34.

‘Abasa – 080

Surah ‘Abasa (Bahasa Arab: سورة عبس‎) ialah surah ke-80 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 42 ayat. Dinamakan ‘Abasa yang diambil dari kata ‘Abasa yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Menurut riwayat, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. menerima dan berbicara dengan pemuka-pemuka Quraisy yang beliau harapkan agar mereka masuk Islam. Dalam pada itu datanglah Ibnu Ummi Maktum, seorang sahabat yang buta yang mengharap agar Rasulullah s.a.w. membacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran yang telah diturunkan Allah. Tetapi Rasulullah s.a.w. bermuka masam dan memalingkan muka dari Ibnu Ummi Maktum yang buta itu, lalu Allah menurunkan surat ini sebagai teguran atas sikap Rasulullah terhadap ibnu Ummi Maktum itu.

At-Takwiir – 081

Surah At-Takwir (Bahasa Arab: سورة التكوير‎) ialah surah ke-81 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 29 ayat. Dinamakan At Takwiir yang bererti terbelah dari kata dasar kata kuwwirat yang terdapat pada ayat pertama surat ini.


ke Atas