Sejarah Surau Amanputra
Pihak pemaju hanya menyediakan tapak surau seluas 0.3 hektar tanpa bangunan surau.
Pada masa itu, jemaah terpaksa ke surau berhampiran seperti ke Surau As-Sakinah atau Masjid (lama) Pulau Meranti untuk solat berjemaah dan solat Jumaat. Masjid Putra Perdana masih belum wujud pada ketika tu.
Tahun 2004
Satu Jawatankuasa Penaja dan Pembangunan Surau Amanputra telah ditubuhkan yang mana di antara ahlinya dianggotai:
- En. Kamal Mohd Dom
- En Lokman Sabar
- En Zulhilmi dan lain-lain lagi.

Sewa bulanan sebanyak RM500.00 dimana dana diperolehi dari sumbangan ahli-ahli kariah.
Kapasiti surau sementara adalah untuk seramai 60 jemaah.
Pada masa yang sama Jawatankuasa Penaja ini telah berusaha menyediakan pelan dan mendapatkan kelulusan dari pelbagai agensi bagi pembinaan surau kekal di Amanputra. Hasilnya, pada pertengahan bulan Jun 2006, pihak JAIS telah meluluskan pelan pembinaan surau di tapak surau kekal yang telah disediakan oleh pihak pemaju.
Kos pembinaan yang diperlukan ketika itu ialah dianggarkan sebanyak RM450,000.00.
Pada akhir-akhir 2007, dengan pertambahan pemilik rumah menduduki premis masing-masing maka jumlah jemaah semakin bertambah ramai yang mana surau sementara yang disewa sudah tidak mampu menampung jemaah terutamanya di bulan Ramadhan.
Tahun 2008
Maka, pada awal 2008 keputusan dibuat oleh AJK surau sessi 2007 – 2008 yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Misbah supaya mendirikan surau sementara walau pun dana yang terkumpul hanyalah 15% (lebih kurang RM70,000.00).
Hasilnya, terbina surau sementara di tapak surau kekal dengan kapasiti berikut:
- Keluasan: 30 kaki x 40 kaki
- Kapasiti: 150 jemaah: 120 lelaki dan 30 wanita
- Kos pembinaan: RM86,000.00


Tahun 2010
Tambahabaik pertama keatas surau sementara ini adalah dengan Membina Balai Serbaguna berbumbung tanpa siling dan tanpa dinding.
Kegunaan:
- Penambahan ruang solat muslimah di bulan Ramadhan
- Ruang makan muslimah pada majlis/moreh
- Ruang gotong-royong memasak
- Tempat riadah
Kos pembinaan: RM16,000.00 (dana dari sumbangan semua ahli kariah).
Tahun 2012
Hasil dari pertambahan ahli-ahli kariah yang berterusan, surau ditambahbaik kali kedua dan mula digunakan mulai Ramadhan 2012. Skop kerja tambahbaik kali kedua adalah seperti berikut:
- Balai serbaguna ditingkatkan menjadi ruang solat muslimah yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
- Ruang ini dapat menampung jumlah jemaah muslimah ke 100 orang.
- Dengan sendirinya, ruang solat muslimin boleh memuatkan 150 jemaah.
- Jumlah keseluruhan kapasiti adalah seramai 250 jemaah.
Selain dari itu, ruang serbaguna baru juga dibina dengan keluasan yang maksimun bersimen untuk pelbagai kegunaan seperti ruang makan, dapur dan lain-lain kegunaan.

Kos keseluruhan pembinaan: RM38,000.00, yang diperolehi melalui kutipan sumbangan dari ahli kariah dalam tempuh sebulan sahaja.
Pembinaan rumah stor
Kos pembinaan: RM38,000.00, telah diperolehi melalui kutipan sumbangan dari ahli kariah dalam tempuh sebulan sahaja.
SURAU KEKAL AMANPUTRA
Mesyuarat Agung Surau Ke-6 (Tahun 2013) telah memutuskan pembinaan surau kekal tidak akan diteruskan kerana:
- Tidak mampu mendapatkan dana bagi pembiayaan pembinaan yang sangat tinggi.
- Saiz dan suasana surau sediada dan persekitaran sudah memadai.
Sebagai ganti, mesyuarat memutuskan untuk mengekalkan surau sementara sediada sebagai surau kekal dengan sedikit penambahbaikkan.
SKOP KERJA TAMBAH BAIK SURAU AMANPUTRA
- Menggantikan keseluruhan dan meninggikan bumbung dan silling ruang solat utama.
- Lantai keseluruhan ditinggikan untuk disamaratakan dengan ruang solat muslimah.
- Menambah 3 saf kehadapan ruang solat utama. Dengan itu, kapasiti akan bertambah dari 250 kepada 330 jemaah.
- Mengadakan 1 bilik muadzin dan 1 bilik imam/pejabat.
- Sebahagian besar Ruang Serbaguna dibumbungkan.
- Kos anggaran adalah sebanyak RM250,000.00.
Kerja-kerja Penambahbaikan Surau bermula dengan kutipan dana dari kariah dan lain-lain punca mulai Feb 2014. Atas izin dan rezeki yang Allah S.W.T beri, kerja-kerja penambahbaikan surau tersebut dapat dimulakan pada awal Mei 2014 dan siap dapat digunakan pada akhir Jun 2014 (awal Ramadan 1435H). Kos Penambahbaikan sebagai surau kekal adalah RM222.540.00 sahaja.
